Jumaat, 20 Mei 2016 | 11:12pm
BINTANG Brazil, Kaka. - Foto AP
BINTANG Brazil, Kaka. - Foto AP

Kaka kekal pemain terkaya di MLS

LONDON: Bintang veteran Brazil, Kaka kekal pemain menerima bayaran paling tinggi dalam Liga Bola Sepak Major Amerika (MLS) dengan gaji pada 2016 dijangkakan sebanyak AS$7.167 juta (RM29.22 juta) berdasarkan statistik dikeluarkan Kesatuan Pemain, semalam.

Kaka dari kelab Orlando City, mendahului senarai bagi tahun kedua berturut-turut.

Penyerang kelahiran Itali yang beraksi bersama kelab Toronto, Sebastian Giovinco adalah pemain kedua yang paling tinggi dibayar iaitu AS$7.115 juta (RM29.01 juta).

MLS mempunyai tangga gaji lingkungan AS$3.66 juta (RM14.92 juta) untuk setiap 20 pasukan dalam liga tetapi hanya membenarkan tiga "pemain yang tidak ditetapkan," tanpa mengira penampilan dan boleh dibayar mengikut kemampuan kelab.

Gaji dalam liga boleh menjadi berat sebelah dengan ramai pemain menerima bayaran minimum AS$62,500 (RM254,809). Gaji maksimum untuk seseorang pemain adalah AS$457,500 (RM1.86 juta) berdasarkan laman sawang MLS.

Kapten pasukan kebangsaan Amerika Syarikat, Michael Bradley (Toronto) adalah pemain tempatan ketiga menerima bayaran tertinggi dengan AS$6.5 juta (RM26.49 juta) diikuti oleh bekas pemain tengah England, Steven Gerrard dan Frank Lampard.

Bekas pemain Chelsea, Lampard dibayar AS$6.5 juta (RM26.49 juta) oleh New York City FC walaupun dia tidak bermain musim ini akibat kecederaan.

Juga berada dalam senarai 10 teratas adalah pemain Toronto, Jozy Altidore, bekas pemain Sunderland yang belum menjaringkan gol musim ini. - Reuters

10 pemain terima gaji terbanyak di MLS

1. Kaka (Orlando City)

2. Sebastian Giovinco (Toronto FC)

3. Michael Bradley (Toronto FC)

4. Steven Gerrard (Los Angles Galaxy)

5. Frank Lampard (New York City FC)

6. David Villa (New York City FC)

7. Andrea Pirlo (New York City FC)

8. Jozy Altidore (Toronto FC)

9. Clint Dempsey (Seattle Sounders)

10. Giovani Dos Santos (Los Angeles Galaxy)

Berita Harian X