Sabtu, 14 Mei 2016 | 3:54pm

Superbike Dunia: Zulfahmi mula petak kelima

PELUMBA Malaysia, Zulfahmi Khairuddin. - Foto Osman Adnan
PELUMBA Malaysia, Zulfahmi Khairuddin. - Foto Osman Adnan

SEPANG: Zulfahmi Khairuddin akan memulakan perlumbaan Pusingan 6 Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) di Litar Antarabangsa Sepang dari petak kelima, esok.

Pelumba pasukan Orelac Racing VerdNatura yang menunggang jentera Kawasaki ZX-6R itu mencatat 2 minit 8.475 saat, ketinggalan 0.420s daripada Kenan Sofuoglu (Kawasaki Puccetti Racing) yang meraih petak paling hadapan di sesi Superpole 2, sebentar tadi.

Petak kedua diraih Randy Krummenacher yang juga rakan sepasukan Sofuoglu yang mencatat 2'08.155s.

Ketika ini, carta keseluruhan kelas Supersport diterajui Sofuoglu dengan 86 mata manakala Zulfahmi berada di kedudukan ke-14 dengan 20 mata.

Perlumbaan untuk kelas itu dijadual berlangsung pada jam 2.20 petang, esok.

Berita Harian X