Rabu, 11 Mei 2016 | 12:43am

Daeng akan pertahan golf Saujana Generali MPI

PENGANJUR kejohanan peraga piala jadi rebutan di Saujana Golf Club.
PENGANJUR kejohanan peraga piala jadi rebutan di Saujana Golf Club.

KUALA LUMPUR: Pemain golf remaja dari Johor, Daeng Abdul Rahman Abdul Aziz akan turun mempertahankan gelarannya pada Kejohanan Golf Amatur Saujana Generali MPI di Kelab Country dan Golf Saujana, dekat sini, pada 24 hingga 26 Mei ini.

Pemain berusia 16 tahun itu adalah antara lapan pemain paling meningkat yang disenaraikan oleh Persatuan Golf Malaysia (MGA) dan bakal bersaing dengan pemain dari 12 negara lain.

Bagi saingan kali ini, Singapura bakal menurunkan pemain teramai iaitu 16 dengan diketuai juara Terbuka Amatur Kuala Lumpur, Gregory Foo selain Johnson Poh yang tewas kepada Daeng pada kejohanan lalu.

Indonesia turut membariskan pemain handalan termasuk Kevin Caesario Akbar yang berjaya mempertahankan gelaran di Terbuka Amatur Remaja AmBank-Kelab Golf Royal Selangor (RSGC) pada Mac lalu.

Pemain negara lain yang turut serta adalah Australia (12), Taiwan (12), Fiji (6), Hong Kong (4), Indonesia (4), Pakistan (4), Thailand (3), Nepal (3), Myanmar (2), Arab Saudi (2), dan Filipina.

Berita Harian X