AMSTERDAM: PSV Eindhoven mengekalkan kejuaraan Liga Belanda dalam aksi terakhir musim ini, di sini, sebentar tadi.
Penyandang juara itu menewaskan PEC Zwolle, 3-1 dalam perlawanan yang dramatik.
PSV yang merangkul kejuaraan kali ke-23, perlu mencatat kemenangan lebih baik berbanding Ajax Amsterdam selepas pencabar terdekatnya itu terikat 1-1 dengan pasukan kedua tercorot liga, De Graafschap. - Reuters