Ahad, 8 Mei 2016 | 9:54pm

Spurs, The Saints terikat di separuh masa

PEMAIN Southampton, Victor Wanyama (kiri) dicabar pemain Tottenham Hotspur, Erik Lamela pada perlawanan itu. - Foto AFP
PEMAIN Southampton, Victor Wanyama (kiri) dicabar pemain Tottenham Hotspur, Erik Lamela pada perlawanan itu. - Foto AFP

LONDON: Tottenham Hotspur terikat 1-1 berdepan Southampton sebaik berakhir separuh masa pertama saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium White Hart Lane, sebentar tadi.

Spurs yang sudah tewas dalam pemburuan gelaran liga sebelum ini mendahului pada minit ke-16 menerusi Son Heung-min.

Kedudukan itu tampak memberi keselesaan buat pasukan itu yang kini berkedudukan kedua liga berbaki satu perlawanan.

Bagaimanapun The Saints bangkit menerusi gerakan cantik disudahkan oleh Steven Davis yang merembat leret mengatasi penjaga gol tuan rumah, Hugo Lloris. - Agensi

Berita Harian X