Ahad, 8 Mei 2016 | 6:36pm

Silver Gaurus juara Piala Super Liga Ragbi Perak

IPOH: Pasukan Silver Gaurus muncul juara Piala Super Liga Ragbi Perak apabila menumpaskan naib juara tahun lalu, Old Edwardian (OE) 20-15 di padang Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR).  

Pasukan pembangunan Kesatuan Ragbi Perak(KRP) itu mengutip mata melalui dua gol dan dua penalti berbanding satu gol, satu try dan satu penalti lawan dalam aksi final petang tadi. 

Begitupun finalis tahun lalu itu terlebih dulu memperoleh mata melalui sepakan penalti Mohd Hafizi  Jamaludin sebelum kelebihan itu dipadam oleh Mohd Harith Iqbal untuk mengikat kedudukan 3-3. 

Silver Gaurus kemudian mendahului 10-3 apabila Mohd Syahir Hamdan melakukan  'try' yang berjaya disepak masuk oleh Mohd Harith. 

Fullback OE, Amirul Mohsin Lokmanul Hakim kemudian berjaya membuat try tetapi Hafizi gagal mengutip mata tambahan untuk Silver Gaurus mendahului 10-8 hingga rehat.  

Pertempuran terus sengit pada babak kedua dengan kedua-dua pasukan berusaha gigih mencari mata.  

Selepas lama bertahan, Silver Gaurus bangkit untuk berjaya membuat try melalui try Mohammad Asri betul-betul di bawah palang gol lawan untuk Harith mudah menyempurnakan conversion. 

Namun OE tidak mudah menyerah apabila terus mengasak dan berjaya merapatkan jurang 17-15 melalui try Fitry Mazlan dan  conversion Mohd Hafizi. 

Begitupun sebarang impian naib juara itu kembaki dalam permainan dimusnakan oleh SG melalui penalti  Mohd Harith beberapa minit sebelum tamat perlawanan. 

Dengan kejayaan itu Silver Gaurus menerima hadiah wang tunai RM3000 manakala OE terpaksa berpuas hati dengan RM2000.

Sementara Polis Perak yang menduduki tempat menerima RM1000 manakala Universiti Teknologi Petronas (UTP) keempat (RM500).

Berita Harian X