Jumaat, 6 Mei 2016 | 2:01am

Ibrahimovic mungkin sertai Milan - ejen

Zlatan Ibrahimovic.
Zlatan Ibrahimovic.

MILAN: Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Zlatan Ibrahimovic mungkin menimbangkan kepulangan semula ke Itali untuk menyertai AC Milan, menurut ejen penyerang berbisa itu, hari ini.

Penyerang kelahiran Sweden itu dijangka meninggalkan juara Perancis, PSG pada penghujung musim ini dengan laporan mengatakan dia sedang menuju ke saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Begitupun, ejennya, Mino Raiola berkata kepada majalah lelaki, GQ pemain itu mungkin kembali ke saingan Serie A di mana dia pernah beraksi bersama Juventus dan Inter Milan.

Memetik laporan gazzetta.it, Raiola berkata: "Ibra mungkin kembali ke Itali, ke Milan."

Selain Ibrahimovic, ejen itu turut mewakili pemain tengah Juventus, Paul Pogba dan penyerang pinjaman AC Milan dari Liverpool, Mario Balotelli.

Mengulas dakwaan Pogba dikatakan tertarik untuk meninggalkan juara Itali itu untuk menyertai Chelsea, musim panas ini, Raiola berkata: "Sekurang-kurangnya bukan ketika ini." - AFP

Berita Harian X