Rabu, 4 Mei 2016 | 8:02am

Obor Olimpik tiba di Brazil

OBOR Sukan Olimpik tiba di Brazil semalam. - Foto Reuters
OBOR Sukan Olimpik tiba di Brazil semalam. - Foto Reuters

RIO DE JANEIRO: Obor Sukan Olimpik tiba di Brazil semalam sekali gus menandakan bermulanya larian tiga bulan di seluruh negara besar Amerika latin itu bagi menyambut temasya berkenaan di Rio, Ogos ini.

Obor itu sudah melalui perjalanan yang panjang, dinyalakan di tapak bersejarah Olympia di Greece pada 21 April lalu sebelum diterbangkan menerusi Switzerland ke ibu kota Brazil, Brasilia.

Kini, ia akan diserahkan secara berganti-ganti kepada 12,000 wakil Brazil di seluruh negara itu, singgah di setiap kota 27 negeri di sepanjang 20,000km menerusi darat dan 16,000km melalui udara.

Bukan kaedah larian saja - cara tradisional membawa obor - dan ada juga peringkat di mana ia akan dilakukan dengan menggunakan kenu, kuda, belon panas, helikopter dan abseiling.

Destinasi terakhir obor adalah di Stadium Maracana pada 5 Ogos ini sebelum Sukan Olimpik Rio dibuka secara rasminya.

Antara pembawa obor yang dijadual bermula dari Brasilia itu adalah pemenang dua kali pingat emas dalam acara bola tampar wanita, Fabiana Claudino.

Selain Claudino, seorang pelarian dari Syria berusia 12 tahun, Hanan Daqqah yang tiba di ibu kota terbesar Brazil, Sao Paulo bersama keluarganya pada 2015 akan turut menyertai larian 10 terawal. - AFP

Berita Harian X