Ahad, 1 Mei 2016 | 11:26am

WSBK: Zulfahmi bermula dari petak ke-11 hari ini

KUALA LUMPUR: Zulfahmi Khairuddin dijadual memulakan Pusingan 5 Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) di Itali dari petak ke-11 - grid permulaan terbaiknya selepas empat perlumbaan sebelum ini.

Pelumba pasukan Orelac Racing VerdNatura itu mencatat 1 minit 52.367 saat di sesi kelayakan yang berlangsung di Sirkit Imola semalam bagi memastikan permulaan perlumbaan dari petak ke-11, petang ini.

"Sesi kelayakan hari ini sangat bagus (semalam) dan saya dapat rasai keserasian dengan motosikal," kata Zulfahmi.

"Saya sangat gembira dengan keputusan ini dan usaha gigih ditunjukkan pasukan dan harap esok (hari ini), saya dapat bersaing dengan kelompok hadapan."

Selepas empat perlumbaan dalam musim sulungnya dalam aksi WSBK ini, Zulfahmi sudah mengumpul 20 mata untuk berada di tangga ke-12 keseluruhan kelas SuperSport.

Berita Harian X