Sabtu, 16 April 2016 | 9:53pm

Lin Dan tersingkir dari Terbuka Singapura

LIN Dan kempunan untuk merangkul gelaran juara Terbuka Singapura apabila tersingkir di separuh akhir. - Foto EPA
LIN Dan kempunan untuk merangkul gelaran juara Terbuka Singapura apabila tersingkir di separuh akhir. - Foto EPA

SINGAPURA: Juara dunia lima kali, Lin Dan dari China kempunan untuk merangkul gelaran juara Terbuka Singapura apabila tersingkir di separuh akhir, di sini, sebentar tadi.

Pemain berusia 32 tahun itu dikejutkan dengan kekalahan di tangan pemain veteran Indonesia, Sony Dwi Kuncoro yang bermula daripada pusingan kelayakan dengan keputusan 10-21, 21-17, 20-22 dalam aksi di Stadium Tertutup Singapura.

AKSI pemain Indonesia, Sony Dwi Kuncoro. - Foto AFP
AKSI pemain Indonesia, Sony Dwi Kuncoro. - Foto AFP

Semuanya serba tidak menjadi buat Lin Dan yang juga pemenang pingat emas Olimpik dua kali apabila dia tewas mudah di set pertama sebelum bangkit di set kedua untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.

Bagaimanapun, tuah lebih menyebelahi Sony yang merekodkan kemenangan ketiga ke atas Lin Dan selepas dalam pertemuan.

Kekalahan Lin Dan itu menyaksikan dia mengikut jejak langkah rakan senegara yang juga pemain nombor satu dunia, Chen Long apabila tersingkir di suku akhir, kelmarin selepas tewas kepada pemain Hong Kong, Ng Ka Long.

Sementara itu, Sony jelas gembira dengan kemenangan dilakar ke atas bintang sensasi China itu.

Ia pastinya kemenangan paling bermakna buat pemenang gangsa Olimpik 2004 itu selepas diselubungi dengan beberapa siri kecederaan sejak beberapa tahun yang lalu.

Dia yang kini menghuni ranking ke-56 dunia berkata: "Saya perlawanan yang menakjubkan. Saya memenangi set pertama dengan mudah tetapi set kedua dan ketiga lebih sengit.

Sony akan bertemu Son Wan Ho dalam aksi final, esok selepas pemain Korea Selatan itu mara dengan menewaskan Ka Long 22-20, 21-16 dalam satu lagi aksi separuh akhir. - Agensi

Keputusan Separuh Akhir:

Perseorangan lelaki -

Sony Dwi Kuncoro (INA) mn Lin Dan (CHN) 21-10, 17-21, 22-20

Son Wan Ho (KOR) mn Ng Ka Long (HKG) 22-20, 21-16

Perseorangan wanita -

Ratchanok Intanon (THA) mn Akane Yamaguchi (JPN) 21-12, 22-20

Sun Yu (CHN) mn He Bingjiao (CHN) 21-10 21-16

Beregu lelaki -

Fu Haifeng-Zhang Nan (CHN) mn Lee Yong Dae-Yoo Yeon Seong (KOR) 21-16, 23-21

Takeshi Kamura-Keigo Sonoda (JPN) mn Li Junhui-Liu Yunchen (CHN) 21-16, 21-17

Beregu wanita -

Nitya Krishinda Maheswari-Greysia Polii (INA) mn Jung Kyung Eun-Shin Seung Chan (KOR) 21-18, 21-13

Misaki Matsutomo-Ayaka Takahashi (JPN) mn Tian Qing-Zhao Yunlei (CHN) 21-17, 20-22, 21-16

Beregu campuran -

Ko Sung Hyun-Kim Ha Na (KOR) mn Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir (INA) 21-14, 21-16

Xu Chen-Ma Jin (CHN) mn Wang Yilyu-Chen Qingchen (CHN) 21-13, 23-21

Berita Harian X