Ahad, 3 April 2016 | 12:50am

Hamilton kuasai petak pertama F1 GP Bahrain

PELUMBA Formula Satu (F1) Mercedes AMG PETRONAS, Lewis Hamilton diapit rakan sepasukan, Nico Rosberg (kiri) dan pemandu Ferrari, Sebastian Vettel selepas menguasai petak pertama perlumbaan Grand Prix (GP) Bahrain, sebentar tadi. - Foto AFP
PELUMBA Formula Satu (F1) Mercedes AMG PETRONAS, Lewis Hamilton diapit rakan sepasukan, Nico Rosberg (kiri) dan pemandu Ferrari, Sebastian Vettel selepas menguasai petak pertama perlumbaan Grand Prix (GP) Bahrain, sebentar tadi. - Foto AFP

MANAMA, Bahrain: Pelumba Formula Satu (F1) Mercedes AMG PETRONAS, Lewis Hamilton memecahkan rekod terpantas sepusingan di Litar Sakhir, di sini untuk menguasai petak pertama perlumbaan Grand Prix (GP) Bahrain, sebentar tadi.

Pelumba kelahiran Britain yang juga juara dunia tiga kali itu melakukan catatan 1 minit 29.493 saat, mengatasi rakan sepasukannya, Nico Rosberg dengan kelebihan 0.077 saat.

Ia petak pertama kedua berturut-turut buat Hamilton selepas turut mengungguli petak pertama di perlumbaan pembukaan GP Australia, bulan lalu namun terpaksa berpuas hati menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua.

Ferrari yang dianggap pencabar paling berbahaya Mercedes musim ini mengekalkan petak ketiga dan keempatnya buat dua pusingan berturut-turut menerusi Sebastian Vettel dan Kimi Raikkonen.

Pelumba Red Bulls, Daniel Ricciardo mencatat masa kelima terpantas diikuti pelumba Williams dari Finland, Valtteri Bottas keenam dan seorang lagi pelumba Williams, Felipe Massa, ketujuh.

Nico Hulkenberg dari pasukan Force India kelapan, diikuti pelumba pasukan Haas, Romain Grosjean menghuni petak kesembilan manakala pelumba Toro Rosso, Max Verstappen melengkapkan kedudukan 10 terbaik.

Sesi kelayakan di GP Bahrain kembali kepada format lama selepas format baru yang diperkenalkan di Australia tidak berakhir seperti diharapkan.

Hamilton ketika ini memburu kemenangan ketiga berturut-turut GP Bahrain manakala Rosberg, yang menang perlumbaan pertama di Melbourne memasang cita-cita untuk meraih kemenangan kelima berturut-turut. - Reuters

Keputusan sesi kelayakan GP Bahrain:

1. Lewis Hamilton (GBR) Mercedes AMG PETRONAS, 1 minit (m) 29.493 saat (s)

2. Nico Rosberg (GER) Mercedes AMG PETRONAS, 1m 29.570s

3. Sebastian Vettel (GER) Ferrari, 1m 30.012s

4. Kimi Raikkonen (FIN) Ferrari, 1m 30.244s

5. Daniel Ricciardo (AUS) Red Bull, 1m 30.854s

6. Valtteri Bottas (FIN) Williams, 1m 31.153s

7. Felipe Massa (BRZ) Williams, 1m 31.155s

8. Nico Hulkenberg (GER) Force India, 1m 31.620s

9. Romain Grosjean (FRA) Haas-Ferrari, 1m 31.756s

10. Max Verstappen (NED) Toro Rosso-Ferrari, 1m 31.772s

11. Carlos Sainz Jr (ESP) Toro Rosso-Ferrari, 1m 31.816s

12. Stoffel Vandoorne (BEL) McLaren-Honda, 1m 31,934s

13. Esteban Gutierrez (MEX) Haas-Ferrari, 1m 31.945s

14. Jenson Button (GBR) McLaren-Honda, 1m 31.998s

15. Daniil Kvyat (RUS) Red Bull, 1m 32.241s

16. Pascal Wehrlein (GER) MRT-Mercedes, 1m 32.806s

17. Marcus Ericsson (SWE) Sauber-Ferrari, 1m 32.840s

18. Sergio Perez (MEX) Force India-Mercedes, 1m 32.911s

19. Kevin Magnussen (DEN) Renault, 1m 33.181s*

20. Jolyon Palmer (GBR) Renault, 1m 33.438s

21. Rio Haryanto (INA) MRT-Mercedes, 1m 34.190s

22. Felipe Nasr (BRZ) Sauber-Ferrari, 1m 34.388s

Berita Harian X