Sabtu, 2 April 2016 | 4:11pm

Shaaban Hussin tunjuk perkembangan positif

ABANG kepada Shaaban Hussin, Mohd Shawal. - Foto Hasriyasyah Sabudin
ABANG kepada Shaaban Hussin, Mohd Shawal. - Foto Hasriyasyah Sabudin

KUALA LUMPUR: Pemain golf negara, Shaaban Hussin yang mengalami kemalangan Khamis lalu sehingga kaki kirinya terpaksa dipotong, hari ini menunjukkan perkembangan yang positif berbanding semalam.

Perkara itu dimaklumkan oleh abangnya, Mohd Shawal, 38, ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL), sebentar tadi.

Anak ketiga daripada lapan beradik itu masih lagi ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL selepas selamat menjalani pembedahan, semalam.

"Keadaannya bertambah baik berbanding semalam terutama apabila tidak lagi bergantung kepada alat bantuan pernafasan selepas tiub itu dicabut pukul 10 pagi tadi.

"Meskipun masih belum boleh bercakap, namun dia sudah memberi respon jika namanya dipanggil atau kita bertanyakan keadaannya dan boleh menganggukkan kepalanya namun keadaannya masih lagi lemah.

"Dia juga masih berada dalam keadaan separuh sedar kerana perlu bergantung 100 peratus kepada bantuan ubatan dan bius," katanya.

Berita Harian X