Sabtu, 12 March 2016 | 9:40pm

Zulfahmi raih petak ke-13 Supersport FIM

KUALA LUMPUR: Bekas pelumba moto3, Muhammad Zulfahmi Khairuddin dari Pasukan Kawasaki Orelac Racing VerdNatura akan bermula dari petak ke-13 di grid permulaan pada pusingan kedua Kejohanan Dunia FIM Supersport 2016 di Bangkok, Thailand pada petang tadi.

Pelumba berusia 24 tahun itu mencatatkan 1 minit 39.641 saat sementara rakan sepasukanny, Nacho Calero dari Sepanyol akan bermula dari petak ke-18 selepas melakukan 1'41:882s pada sesi kelayakan SuperPole harim ini daripada 25 pelumba keseluruhan di Litar Antarabangsa Chang di Buriram, Thailand.

Zulfahmi berkata, masalah teknikal pada enjin menghalangnya daripada menduduki kedudukan grid yang lebih baik.

"Hari ini bukan hari yang bernasib baik dan beberapa masalah teknikal menghalang kami daripada melakukan banyak pusingan yang mengaibkan kerana ini penampilan pertama saya ke litar dan saya benar-benar mahu menguasai trek secepat mungkin yang boleh," kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pasukannya.

Pelumba Perancis, Jules Cluzel dari MV Agusta Reparto Corse akan bermula di petak utama setelah mencatatkan pusingan terpantas 1 minit 38,383 saat.

Pelumba Switzerland, dari Randy Krummenacher Kawasaki Puccetti Racing yang meraih kemenangan dalam pusingan pembukaan di Australia bulan lepas, bermula dari petak kedua dalam perlumbaan Ahad ini selepas membuat catatan 1'38.477s.

Rakan sepasukannya, Kenan Sofuoğlu dari Turki selaku juara dunia 2015, akan bermula dari petak ketiga dalam grid permulaan selepas catatan masa 1'38.612s. - BERNAMA

Berita Harian X