Ahad, 31 Januari 2016 | 8:31pm

Terbuka Australia milik Djokovic

NOVAK Djokovic menjulang trofi selepas merangkul kejuaraan Terbuka Australia menewaskan Andy Murray 6-1, 7-5, 7-6 (7-3) di Melbourne, Australia, sebentar tadi. - Foto Reuters
NOVAK Djokovic menjulang trofi selepas merangkul kejuaraan Terbuka Australia menewaskan Andy Murray 6-1, 7-5, 7-6 (7-3) di Melbourne, Australia, sebentar tadi. - Foto Reuters

MELBOURNE: Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic, membelasah Andy Murray dalam permainan terus untuk merangkul kejuaraan Terbuka Australia, di sini, sebentar tadi, sekali gus menyamai rekod enam kejuaraan kejohanan.

Pemain Serbia itu memerlukan dua jam 53 minit untuk menang 6-1, 7-5, 7-6 (7-3) ke atas Murray, yang kini sudah lima kali tewas pada final kejohanan berkenaan.

Djokovic menyamai rekod pemain Australia, Roy Emerson, yang menang enam kali di antara tahun 1961 dan 1967, rekod yang bertahan 49 tahun.

Ia juga adalah gelaran Grand Slam ke-11 Djokovic dan dia kini melonjak ke tangga kelima menyertai Rod Laver dan Bjorn Borg, kurang enam kejuaraan di belakang pendahulu, Roger Federer.

Djokovic turut melebarkan rekod kemenangan Grand Slam kepada 21 perlawanan dan beliau belum pernah tewas dalam kejohanan major sejak ditundukkan Stan Wawrinka pada final Terbuka Perancis di Roland Garros, tahun lalu. - AFP

Berita Harian X