Khamis, 31 Disember 2015 | 10:06am

Ibrahimovic tiada niat tinggalkan PSG

PENYERANG Paris Saint-Germain (PSG), Zlatan Ibrahimovic. - Foto AFP
PENYERANG Paris Saint-Germain (PSG), Zlatan Ibrahimovic. - Foto AFP

DOHA: Penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Zlatan Ibrahimovic menegaskan tidak mempunyai niat untuk meninggalkan juara Perancis itu walaupun kontraknya akan berakhir penghujung musim ini.

Pemain berusia 34 tahun itu yang beraksi ketika PSG meraih kemenangan 1-0 pada perlawanan persahabatan dengan bekas kelabnya, Inter Milan di Doha, malam tadi, kerap dikaitkan dengan perpindahan ke Major League Soccer (MLS) di Amerika Syarikat dan Liga Perdana Inggeris.

Namun Ibrahimovic berkata, 'tiada apa-apa di atas meja' mengenai tawaran masa depannya dan dia gembira berada di ibu negara Perancis itu dengan pencapaian hebat PSG, selain berusaha memenangi gelaran Ligue 1 buat kali keempat.

"Saya mempunyai hubungan yang baik dengan PSG. Saya tidak mempunyai niat untuk meninggalkan pasukan," kata pemain antarabangsa Sweden itu ketika ditanya mengenai rancangan masa depannya.

Ibrahimovic, yang menyertai PSG dari Inter pada tahun 2012, diejek oleh penyokong kelab Itali itu di Doha sebelum digantikan pada minit ke-64 dengan kedengaran suara sorakan dan ejekan. - AFP

Berita Harian X