Khamis, 3 Disember 2015 | 9:44am
Gambar hiasan. - Foto REUTERS
Gambar hiasan. - Foto REUTERS

La Liga setuju hak siaran televisyen 2.65 bilion euro

MADRID: La Liga mengumumkan sudah bersetuju dengan perjanjian bersama stesen televisyen tempatan membabitkan nilai STG1.86 bilion (RM11.8 bilion) untuk siaran tiga musim.

Menerusi perjanjian itu, anak syarikat gergasi telekomunikasi Telefonica, Movistar akan memiliki pilihan satu perlawanan daripada jadual setiap pusingan dengan nilai STG250 juta (RM1.1 bilion) semusim.

Kumpulan komunikasi multimedia, Mediapro pula memiliki hak untuk lapan perlawanan La Liga untuk setiap hujung minggu membabitkan nilai STG633 juta (RM2.8 bilion) semusim.

- AFP

Berita Harian X