Jumaat, 20 November 2015 | 7:29pm

Aksi Chong Wei-Chen Long dijangka mula 7.50 malam

DATUK Lee Chong Wei.
DATUK Lee Chong Wei.

KUALA LUMPUR: Perlawanan suku akhir saingan Terbuka Hong Kong antara Datuk Lee Chong Wei dan pemain nombor satu dunia, Chen Long dijadualkan bermula pada jam 7.50 malam ini.

Saingan ditunggu ramai ini diletakkan pada perlawanan terakhir kejohanan itu pada hari ini.

Sebentar tadi, baharu saja tamat saingan suku akhir kedua yang menyaksikan pemain Indonesia, Ginting Anthony menundukkan wakil Jepun Kazumasa Sakai, 21-14, 21-14.

Selepas ini akan berlangsung aksi suku akhir ketiga membabitkan pertembungan antara pemain Hong Kong, Ka Long Angus Ng dan Tien Chen Chou dari China.

Terdahulu pada saingan suku akhir pertama, pemain China Houwei Tian menewaskan rakan senegara, Zhengming Wang, 21-15, 21-11

- AGENSI

Berita Harian X