Isnin, 14 September 2015 | 11:07am

Tenis: Djokovic menjuarai Terbuka AS, trofi Grand Slam ke-10

NOVAK Djokovic mengucup trofi kejuaraan Grand Slam 2015 pada final Terbuka Amerika Syarikat, hari ini dengan mengalahkan Roger Federer, 6-4, 5-7, 6-4, 6-4. - Foto AFP
NOVAK Djokovic mengucup trofi kejuaraan Grand Slam 2015 pada final Terbuka Amerika Syarikat, hari ini dengan mengalahkan Roger Federer, 6-4, 5-7, 6-4, 6-4. - Foto AFP

NEW YORK: Jaguh tenis Serbia, Novak Djokovic meraih gelaran ketiga kejuaraan Grand Slam 2015 dan gelaran Major ke-10 sepanjang kariernya, selepas menumpaskan Roger Federer, 6-4, 5-7, 6-4, 6-4 dalam perlawanan akhir Terbuka Amerika Syarikat, hari ini.

Biarpun aksi ditangguhkan tiga jam kerana hujan, pemain nombor satu dunia berusia 28 tahun itu, berjaya menjulang gelaran kedua di New York untuk mengulangi kejayaan pada 2011.

Kekalahan itu sekali gus memusnahkan impian Federer yang berusia 34 tahun untuk menjadi juara Terbuka Amerika Syarikat dan kekal pada 17 gelaran Grand Slam, yang terakhir dimenangi di Wimbledon pada 2012.

Djokovic berkata, gelaran Terbuka AS menambah koleksi kejuaraan beliau tahun ini selain Terbuka Australia dan Wimbledon. -AFP

Berita Harian X