X
Selasa, 25 Ogos 2015 | 9:32pm

Olahraga: Pelari Kenya, Rudisha kekal emas 800 meter

ATLET olahraga Kenya, David Rudisha meraikan kemenangan sejurus menjuarai acara 800 meter pada Kejohanan Olahraga Dunia di Beijing. - Foto AP
ATLET olahraga Kenya, David Rudisha meraikan kemenangan sejurus menjuarai acara 800 meter pada Kejohanan Olahraga Dunia di Beijing. - Foto AP

BEIJING: Atlet olahraga Kenya, David Rudisha memenangi kejuaraan dunia kedua miliknya dalam acara 800 meter di Beijing, China hasil percaturan taktikal bijak ketika perlumbaan, hari ini.

Pemenang pingat emas Olimpik dan pemegang rekod dunia dalam acara jarak pertengahan itu mencatatkan masa 1 minit 45.84 saat untuk memenangi emas.

Pelari Poland, Adam Kszczot memenangi perak selepas melakukan 1:46.08 saat diikuti pelari Bosnia, Amel Tuka.

Tuka melakukan catatan masa 1:46.30 saat. - AFP

Berita Harian X