Sabtu, 18 Julai 2015 | 9:47am

Kaka paling lumayan di MLS, atasi Lampard, Gerrard

Kaka
Kaka

NEW YORK: Perancang tengah Brazil, Kaka muncul penerima gaji paling lumayan di Liga Bola Sepak Major Amerika (MLS) dengan memperoleh 7.167 juta dolar AS (RM27.27 juta) daripada kelab Orlando City.

Bekas bintang AC Milan dan Real Madrid itu mengatasi jumlah gaji yang diperoleh pemain kelab Toronto, Sebastian Giovinco musim lalu iaitu 7.115 juta dolar AS (RM27.07 juta) serta beberapa pemain bintang seperti Frank Lampard dan Steven Gerrard.

Jumlah gaji itu dikeluarkan Kesatuan Pemain-Pemain MLS, semalam dengan seramai 21 pemain di MLS ketika ini sudah mencapai gaji melebihi 1 juta dolar AS (RM3.80 juta).

Bekas kapten Liverpool, Gerrard memperoleh 6.332 juta dolar AS (RM24.091 juta) daripada Los Angeles Galaxy manakala Lampard menerima 6 juta dolar AS (RM22.83 juta) daripada New York City.

Bekas kapten Itali, Andrea Pirlo pula menerima 2.315 juta dolar AS (RM8.81 juta) daripada New York City dengan seorang lagi rakan sepasukannya, David Villa membawa pulang 5.61 juta dolar AS (RM21.34 juta).

Rakan sepasukan Gerrard di Galaxy, Robbie Keane menerima 4.5 juta dolar AS (RM17.12 juta) dengan bintang Mexico, Giovani dos Santos menerima 4.1 juta dolar AS (RM15.60 juta).

Pemain-pemain Amerika Syarikat yang menerima gaji paling tinggi ialah Michael Bradley yang memperoleh 6.5 juta dolar AS (RM24.73 juta) daripada Toronto. - AFP

Berita Harian X