SINGAPURA: Skuad boling negara di Sukan SEA ke-28 menuai emas ketiga menerusi trio lelaki di Orchird Country Club, sebentar tadi.
Trio negara yang diwakili Muhd Rafiq Ismail, Ahmad Muaz dan Timmy Tan melakukan catatan 3,701 jatuhan pin mengatasi atlet tuan rumah yang melakukan 3,656 jatuhan pin manakala gangsa dimenangi Indonesia (3,653 jatuhan pin).
Begitupun, trio wanita negara, Natasha Rosla, Siti Safiyah Amirah dan Syaidatul Afifah hampa tanpa sebarang pingat.
Mereka sekadar menamatkan saingan di kedudukan keempat selepas mengumpul 3,585 jatuhan pin.