Sabtu, 7 Februari 2015 | 4:55pm

Piala Afrika: Maghribi digantung edisi 2017, 2019

LONDON: Maghribi digantung daripada dua kejohanan Piala Negara-negara Afrika yang berikut selepas gagal untuk menjadi tuan rumah edisi tahun ini.

Persekutuan bola sepak negara berkenaan juga didenda STG650,000 (RM3.25 juta) serta diarah membayar pampasan STG5.9 juta (RM29.5 juta) atas masalah berkenaan.

Maghribi tidak mahu menjadi tuan rumah selepas menyuarakan rasa bimbang dengan wabak virus Ebola di Afrika.

Persekutuan berkenaan memohon menangguhkan kejohanan sehingga 2016 tetapi Konfederasi Bola sepak Afrika (CAF) menolak permohonan itu.

Equatorial Guinea dipilih selaku tuan rumah pengganti dalam kejohanan membabitkan 16 pasukan itu manakala Maghribi yang layak selaku hos, disingkirkan.

CAF juga mengenakan denda STG65,000 (RM325, 000) ke atas Equatorial Guinea selepas kekecohan oleh penonton ketika perlawanan separuh akhir pasukan tuan rumah itu menentang Ghana, Khamis. - BBC Sport

Berita Harian X