Sabtu, 17 Januari 2015 | 9:26am
PEMAIN Ajax Amsterdam, Jairo Riedewald (tengah) bersaing dengan pemain Groningen, Eric Botteghin (kiri) pada aksi Liga Belanda di Amsterdam. - Foto AFP
PEMAIN Ajax Amsterdam, Jairo Riedewald (tengah) bersaing dengan pemain Groningen, Eric Botteghin (kiri) pada aksi Liga Belanda di Amsterdam. - Foto AFP

Ajax hampiri PSV Eindhoven

AMSTERDAM: Ajax Amsterdam meraih kemenangan selesa 2-0 ke atas Groningen di tempat sendiri hasil jaringan Ricardo Kishna dan gol sendiri pada lewat permainan apabila Liga Belanda kembali beraksi selepas rehat pertengahan musim.

Juara bertahan itu berada di tempat kedua liga dengan 42 mata daripada 18 perlawanan, satu mata di belakang PSV Eindhoven yang akan bertandang ke Vitesse Arnhem hari ini, selepas menguasai permainan di Amsterdam ArenA.

Kishna menjaringkan gol untuk pasukan bimbingan Frank de Boer selepas 15 minit perlawanan hasil lorongan cantik Lasse Schoene.

Groningen kekal di tangga kelapan dengan 24 mata daripada 18 perlawanan. - Reuters

Berita Harian X