Jumaat, 19 Disember 2014 | 10:13pm
ATLET renang Wanita negara, Caroline Chan memecah rekod baru 50 meter kuak lentang untuk meraikan emas di Sukan Universiti ASEAN 2014 di Komplek Akuatik Jakabaring di Palembang. - Foto Hasriyasyah Sabudin

PESILAT Malaysia, Siti Shazwana Ajak (kanan), menahan asakan pesilat Laos, Bouaphay Vongkhamsone dalam acara silat wanita kelas C, di Sukan Universiti ASEAN (AUG) ke-17, hari ini. Shazwana berjaya menewaskan Bouaphay pada pusingan tersebut. - Foto BERNAMA

SEBAHAGIAN pelajar Universiti Palembang membuat persiapan terakhir, hari ini menjelang upacara penutup Sukan Universiti ASEAN di Palembang, Ahad ini. - Foto Hasriyasyah Sabudin
SEBAHAGIAN pelajar Universiti Palembang membuat persiapan terakhir, hari ini menjelang upacara penutup Sukan Universiti ASEAN di Palembang, Ahad ini. - Foto Hasriyasyah Sabudin

Harapan kontinjen negara tambah emas tipis

PALEMBANG: Harapan kontinjen negara untuk menambah pingat emas pada Sukan Universiti ASEAN (AUG) Ke-17 di sini semakin tipis apabila skuad akuatik sekadar menambah dua pingat emas, hari ini.

Namun, pujian perlu diberi kepada skuad terjun yang mengekalkan prestasi cemerlang menerusi Kam Ling Kar yang meraih emas acara 1 meter papan anjal wanita di Stadium Akuatik Jakabaring.

Terdahulu Kam menutup tirai acara terjun dalam acara 1 meter papan anjal dengan pungutan mata tertinggi 237.90 mata.

Sari Ambarwati dari Indonesia meraih perak (217.20 mata) dan Riza Jane Domenios dari Filipina di tempat ketiga, (157.00 mata). S

Sebelum ini atlet terjun, Jasmine Lai dan Traisy Vivien turut meraih emas, masing-masing dalam acara 3m papan anjal dan 10m platform wanita.

Pada sebelah petang pula skuad renang meraih sebutir emas oleh Caroline Chan yang turut memperbaharui rekod kejohanan dalam acara 50 meter kuak lentang dengan catatan 29.97 saat.

Sebelum ini rekod itu milik rakan sepasukannya Chan Kah Yan dengan catatan 30.50s ketika di AUG Laos 2012. Nurul Fitriyanti dari Indonesia yang meraih perak dengan 30.20s dan Wongvat Araya dari Thailand di tempat ketiga (30.23s).

Caroline ketika ditemui pemberita berkata beliau berpuas hati apabila dapat menyumbang emas serta memperbaharui rekod bagi acara disertainya itu.

"Memperbaharui rekod di sini adalah satu pencapaian yang sangat bermakna buat saya. Kejayaan ini adalah hasil kerja keras saya selama ini. Saya belum dipanggil bagi menyertai skuad kebangsaan namun jika diberi peluang semestinya saya mahu," kata atlet berusia 19 tahun ini. Skuad renang turut menambah empat perak yang disumbang oleh Khoo Cai Lin (200m rampaian wanita) dan (800m gaya bebas wanita), Tern Jian Han (50m kuak lentang lelaki) dan gandingan Cai Lin, Chui Lai Kwan, Erika Koh, Caroline (4x100m rampaian wanita).

Setakat ini, skuad akuatik membolot sembilan emas, sembilan perak dan tujuh gangsa.

Pungutan pingat keseluruhan terkini bagi kontinjen Malaysia ialah 32 emas, 35 perak dan 45 gangsa.

Kementerian Pendidikan Malaysia mensasarkan 40 emas.

Tumpuan kini masih tertumpu pada skuad renang dan skuad badminton negara yang akan menutup tirai perlawanan, Ahad ini. - BERNAMA

Berita Harian X