Selasa, 18 November 2014 | 7:56am
SAINGAN tuan rumah CAN 2017 kini empat negara. - Foto AFP
SAINGAN tuan rumah CAN 2017 kini empat negara. - Foto AFP

Saingan tuan rumah CAN 2017 kini empat negara

JOHANNESBURG: Algeria, Mesir, Gabon dan Ghana kekal sebagai calon untuk menjadi tuan rumah saingan kejohanan bola sepak Piala Negara-Negara Afrika 2017 (CAN) selepas senarai asal tujuh negara dikurangkan oleh penganjur, semalam.

Kenyataan Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF) dalam kenyataan berkata, Kenya, Sudan dan Zimbabwe tidak berupaya "mematuhi kriteria yang ditetapkan".

Tuan rumah asal kejohanan edisi 2017, Libya menarik diri kerana keganasan yang melanda negara itu ketika ini membabitkan puak militia lebih tiga tahun selepas diktator Muammar Gaddafi digulingkan.

Jawatankuasa Eksekutif CAF akan memilih tuan rumah kejohanan 2017 itu pada satu tarikh yang akan diumumkan tahun depan. - AFP

Berita Harian X