Sabtu, 27 September 2014 | 9:32pm
TUNGGANGAN jaguh Honda, Marc Marquez mengemudi jenteranya ketika sesi latihan bebas ketiga GP Aragon, hari ini.
TUNGGANGAN jaguh Honda, Marc Marquez mengemudi jenteranya ketika sesi latihan bebas ketiga GP Aragon, hari ini.

MotoGP: Marquez kuasai petak utama GP Aragon

ARAGON: Penyandang juara dunia, Marc Marquez menguasai sesi kelayakan perlumbaan MotoGP Grand Prix Aragon sekaligus menduduki petak pertama ke-11 daripada 14 pusingan musim ini, sebentar tadi.

Penunggang kelahiran Sepanyol itu turut memecah rekod terpantas litar yang dibuatnya tahun lalu dengan kelebihan 0.617 saat dan mengatasi rakan sepasukannya dari pasukan Honda, Dani Pedrosa di petak kedua.

Marquez yang memburu kemenangan ke-12 musim ini mencatat masa 1 minit 47.187 saat dengan Pedrosa ketinggalan 0.362s.

PENUNGGANG MotoGP Repsol Honda dari Sepanyol, Marc Marquez meraikan kejayaannya meraih petak pertama GP Aragon sebentar tadi.
PENUNGGANG MotoGP Repsol Honda dari Sepanyol, Marc Marquez meraikan kejayaannya meraih petak pertama GP Aragon sebentar tadi.

Melengkapkan barisan hadapan perlumbaan esok ialah pelumba Itali dan Ducati, Andrea Iannone dengan pencabar utama dari Yamaha yang juga juara dunia tujuh kali, Valentino Rossi bakal memulakan perlumbaan di petak keenam.

Rakan sepasukannya dari Sepanyol, Jorge Lorenzo pula akan bermula di petak ketujuh. - AFP

Kedudukan petak perlumbaan GP Aragon

1 Marc Marquez (ESP/Honda) 1.47.187saat

2 Dani Pedrosa (ESP/Honda) +0.362s

3 Andrea Iannone (ITA/Ducati Pramac) +0.498s

4 Pol Espargaro (ESP/Yamaha Tech3) +0.678s

5 Cal Crutchlow (GBR/Ducati) +0.710

6 Valentino Rossi (ITA/Yamaha) +1.039s

7 Jorge Lorenzo (ESP/Yamaha) +1.059s

8 Stefan Bradl (GER/Honda-LCR) +1.181s

9 Andrea Dovizioso (ITA/Ducati) +1.355s

10 Aleix Espargaro (ESP/Yahama) +1.381s

Berita Harian X