Ahad, 21 September 2014 | 6:03pm

Sukan Asia: Phoon Eyin hanya tempat kelima wushu

AKSI Phoon Eyin ketika acara wushu Sukan Asia. - Foto Rosli Rahmat
AKSI Phoon Eyin ketika acara wushu Sukan Asia. - Foto Rosli Rahmat

KUALA LUMPUR: Hajat mendapat pingat tambahan dalam acara wushu tidak kesampaian apabila Phoon Eyin sekadar mampu mendapat tempat kelima sahaja dalam acara gabungan jianshu dan qianshu di sini, hari ini.

Phoon Eyin, 18, yang muncul atlet Malaysia ke-1,000 untuk menang pingat emas di Sukan SEA 2013 hanya hanya memperoleh 19.14 mata - dipisahkan 0.10 mata untuk menaiki podium.

Dalam acara berkenan, atlet Vietnam, Duong Thuy Vi memenangi emas dengan meraih 19.41 mata, menewaskan atlet Macau, Li Yi dengan hanya perbezaan 0.02 mata. Phoon Eyin yang satu ketika menduduki tempat ketiga bagaimanapun dipintas atlet Korea Seo Hee-ju (19.24).

Kelmarin, wushu menjadi penyumbang emas pertama kontinjen negara apabila Tai Cheau Xuen melakar kejutan memenangi emas acara nanguan-nandao.

Berita Harian X