MANCHESTER: Stevan Jovetic meledakkan dua gol manakala Sergio Aguero menyumbang satu selepas beberapa saat hadir selaku pemain gantian untuk membantu Manchester City menewaskan Liverpool 3-1 dalam saingan Liga perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.
Pemain import baru Liverpol, Mario Balotelli menyaksikan perlawanan dua pencabar mahkota liga dari tempat duduk di Stadium Etihad untuk menyaksikan bekas pasukannya itu merakamkan dua kemenangan berturut-turut.
City turut membuktikan bagaimana sukarnya bagi lawan untuk mengancam status mereka selaku juara bertahan, musim ini.
Jovetic yang dibeli dari Fiorentina menghukum benteng lawan dengan gol pertama pada minit ke-41 sebelum melakukan satu usaha solo untuk gol kedua pada minit ke-55.
Aguero menambah gol ketiga pada minit ke-69 dengan sentuhan bola yang pertama selepas hadir selaku pemain gantian.
Liverpool mendapat gol sagu hati hasil jaringan sendiri pemain lawan, Pablo Zabaleta pada minit ke-83.
Ia bukan satu persembahan hebat daripada City dalam perlawanan pertama di gelanggang sendiri tetapi mereka berjaya mengaut peluang selepas mengatasi cabaran daripada Liverpool yang bermula dengan rentak baik. - AFP
KEPUTUSAN EPL
Manchester City 3 Liverpool 1
Manchester City
(Stevan Jovetic (41,55),
Sergio Aguero (69)
Liverpool
(Pablo Zabaleta (83, gs)