Rabu, 22 March 2017 | 3:00pm

SFC siasat misteri ikan lumba-lumba mati

 OSWALD Braken Tisen.
OSWALD Braken Tisen.

MIRI: Sarawak Forestry Corporation (SFC) masih menyiasat misteri kematian hidupan akuatik dan ikan lumba-lumba yang terdampar di pantai Lutong Miri, utara Sarawak, minggu lalu.

Timbalan Pengurus Besar SFC, Oswald Braken Tisen, berkata sampel bangkai seekor ikan lumba dari jenis 'Finless Porpoise' diambil sebelum ditanam di Taman Simpanan Semula Jadi Piasau.

Beliau berkata, pihaknya memerlukan masa untuk menyiasat punca kematian ikan dan hidupan akuatik di perairan berkenaan.

"Kita perlu teliti bagi mengenal pasti punca kematian ikan lumba-lumba, sama ada disebabkan tercedera, sudah tua atau sakit," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, laporan lengkap akan dibuat bagi memastikan khazanah laut di perairan Miri selamat daripada kegiatan haram.

Berita Harian X