Isnin, 20 March 2017 | 3:59pm

Abang Jo adakan lawatan kerja pertama ke luar negara

DATUK Amar Abang Johari Abang Openg menyaksikan pertukaran dokumen antara SEDC dengan Beijing Glory International Culture Development di Beijing, hari ini. - Foto ihsan Pejabat Ketua Menteri Sarawak
DATUK Amar Abang Johari Abang Openg menyaksikan pertukaran dokumen antara SEDC dengan Beijing Glory International Culture Development di Beijing, hari ini. - Foto ihsan Pejabat Ketua Menteri Sarawak

KUCHING: China menjadi destinasi pertama yang dilawati Datuk Amar Abang Johari Abang Openg sejak beliau dilantik sebagai Ketua Menteri, 13 Januari lalu.

Pejabat Ketua Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata, beliau diiringi oleh isterinya, Datin Amar Juma'ani Tuanku Bujang; Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Wong Soon Koh dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Morshidi Abdul Ghani.

Hari ini, beliau menyaksikan majlis menandatangani perjanjian (MoU) antara Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) bersama syarikat pembangunan pelancongan antarabangsa China, Beijing Glory International Culture Development Co Ltd di Nou Hotel, Beijing.

MoU itu adalah untuk membangunkan potensi pelancongan dan pengurusan hospitaliti di Sarawak.

SEDC diwakili Pengerusinya, Tan Sri Aziz Hussain dan Pengurus Besar SEDC, Datuk Soedirman Aini.

Malam ini, rombongan Abang Johari akan ke Kunming sebagai sebahagian daripada jadual lawatan selama seminggu di China sebelum meneruskan lawatan kerja ke Hong Kong dan Guangzhou.

Berita Harian X