Jumaat, 12 Ogos 2016 | 9:22am
ANTARA barangan dirampas daripada tiga suspek.
ANTARA barangan dirampas daripada tiga suspek.
ANTARA barangan dirampas daripada tiga suspek.
ANTARA barangan dirampas daripada tiga suspek.
ANTARA peralatan digunakan untuk pecah rumah yang dirampas.
ANTARA peralatan digunakan untuk pecah rumah yang dirampas.

Geng pecah rumah tumpas, 3 penganggur ditahan

ANTARA barangan dirampas daripada tiga suspek yang dipercayai dicuri hasil kegiatan pecah rumah di beberapa daerah di Sabah.
ANTARA barangan dirampas daripada tiga suspek yang dipercayai dicuri hasil kegiatan pecah rumah di beberapa daerah di Sabah.

KOTA KINABALU: Polis menumpaskan satu kumpulan pecah rumah yang aktif menjalankan kegiatan mereka di beberapa daerah di negeri ini susulan penahanan tiga lelaki di kawasan Centre Point, dekat sini, semalam.

Tiga suspek lelaki warga tempatan berusia 23 hingga 35 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, susulan maklumat dan risikan dijalankan sejak beberapa hari sebelum itu.

Ketua JSJ Polis Sabah, Datuk Salehhudin Abd Rahman, berkata operasi memburu suspek dijalankan susulan laporan polis diterima daripada pemilik sebuah premis sewa kereta di Tanjung Aru yang dipecah masuk pada jam 8.20 pagi, 6 Ogos lalu.

Dalam kejadian itu, katanya, beberapa barangan milik syarikat terbabit dilarikan termasuk sebuah Perodua Myvi membabitkan kerugian RM67,000.

"Bertindak atas maklumat, JSJ IPD Kota Kinabalu semalam membuat serbuan di kawasan Centre Point dan berjaya menahan tiga suspek terbabit yang juga penganggur.

"Hasil pemeriksaan, polis merampas lima komputer riba pelbagai jenama, sebuah televisyen, satu pemain cakera video digital (DVD), dua rangkai kunci kereta serta lima telefon bimbit pelbagai jenama dipercayai dicuri.

"Turut ditemui ialah peralatan pecah rumah termasuk kuku kambing, batang besi dan alat pemotong besi. Susulan penahan ketiga-tiga suspek, polis percaya dapat menyelesaikan empat kes pecah rumah di kawasan Tanjung Aru, Luyang serta daerah Penampang dan Beaufort," katanya di sini, sebentar tadi.

Salehhudin berkata, dua daripada suspek mempunyai  rekod jenayah berkaitan pecah rumah, membantu menyembunyikan harta curi dan dadah.

"Semua suspek yang turut positif dadah akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan iaitu melakukan pecah rumah dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Berita Harian X