Sabtu, 29 Oktober 2016 | 2:43pm
PENGERUSI majlis Jom Nikah peringkat daerah Kulai, Mohd Farid Ibrahim. - Foto Ernalisa Othman
PENGERUSI majlis Jom Nikah peringkat daerah Kulai, Mohd Farid Ibrahim. - Foto Ernalisa Othman

8 pasangan kahwin serentak

JOHOR BAHRU: Lapan pasangan selamat dinikahkan pada Majlis Jom Nikah peringkat daerah Kulai di Dewan Raya Bandar Putra IOI, di sini, hari ini.

Program anjuran NFL Bridal Gallery dengan kerjasama Pejabat Kadi Kulai bermula seawal 9 jam pagi dengan pendaftaran pasangan pengantin sebelum upacara akad nikah pada jam 10 pagi.

Pengerusi program, Mohd Farid Ibrahim, berkata program yang julung kali diadakan itu bertujuan menggalakkan majlis perkahwinan dilaksanakan mengikut syariat Islam dan mengurangkan beban.

Katanya, pasangan yang dinikahkan berusia antara 19 hingga 37 tahun, disusuli majlis perarakan dan resepsi di lokasi sama, dekat sini.

"Pakej keseluruhan RM5,000 dikenakan kepada setiap pasangan bagi memudahkan urusan yang mana kos membabitkan solekan, persalinan, album gambar, khidmat kadi dan makanan untuk jemputan.

"Berdasarkan sambutan menggalakkan program ini, kita merancang menganjurkan acara sama pada masa akan datang," katanya ketika ditemui pada majlis itu di sini, hari ini.

Berita Harian X