Isnin, 13 Jun 2016 | 4:43pm
Lori terbalik selepas bertembung dengan sebuah kereta Proton WAJA di KM 10 Jalan Mersing - Endau. - Foto ihsan Bomba Johor
Lori terbalik selepas bertembung dengan sebuah kereta Proton WAJA di KM 10 Jalan Mersing - Endau. - Foto ihsan Bomba Johor

Pegawai APMM maut dalam kemalangan di Mersing

Kereta Proton WAJA remuk selepas bertembung dengan sebuah lori di KM 10 Jalan Mersing - Endau. - Foto ihsan Bomba Johor
Kereta Proton WAJA remuk selepas bertembung dengan sebuah lori di KM 10 Jalan Mersing - Endau. - Foto ihsan Bomba Johor

MERSING: Seorang pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) maut selepas kereta dinaiki bersama dua rakan setugas bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 10, Jalan Mersing-Endau dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi, Jackson Arthur John Tan, 29, yang bertugas di Daerah Maritim Johor Bahru, dekat sini meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah. 

Rakannya, Mohd Shayril Zul Sahili, 23, yang cedera ringan di kaki dan Mohd Nizam Mohd Yasin, 31, cedera di dahi kiri menerima rawatan di Hospital Mersing.

Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan M Kumar, berkata pemandu lori berusia 34 tahun yang cedera di mata kanan turut menerima rawatan di hospital sama. 

Katanya, siasatan awal mendapati PROTON Waja dinaiki mangsa dalam perjalanan dari Johor Bahru menuju ke Endau, dekat sini, dipercayai cuba memintas sebuah kenderaan di hadapannya, namun gagal memasuki semula lorongnya sebelum melanggar lori yang datang dari arah bertentangan. 

"Akibat kemalangan itu, mangsa yang duduk di bahagian depan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya. 

Kumar berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Mersing di sini, untuk bedah siasat dan keluarga mangsa sudah dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Berita Harian X