Isnin, 15 Ogos 2016 | 11:40am

Nik Safiah, Tuan Sabariah terima anugerah khas

Menteri Besar. Datuk Ahmad Yakob menyampaikan selempang kepada penerima Anugerah Khas Tokoh Wanita Antarabangsa, Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim disaksi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri, Mumtaz Md Nawi (kiri) dan timbalannya, Wan Ubaidah Umar (kanan) setelah merasmikan Hari Saidatina Khadijah 2016 di Hotel Perdana, Kota Bharu. - Foto Zaman Huri Isa

KOTA BHARU: Dua wanita Kelantan dipilih menerima anugerah sempena sambutan Hari Saidatina Khadijah 2016, hari ini.

Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak yang juga isteri bekas Menteri Besar, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, menerima Anugerah Saidatina Khadijah manakala Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Abdul Karim dinobatkan penerima Anugerah Khas Tokoh Wanita Kelantan Antarabangsa.

Dua anugerah itu adalah simbolik kepada kejayaan wanita Kelantan, sekali gus mengangkat darjat wanita dalam mengiktiraf peranan mereka selari usaha membangun bersama Islam.

Nik Safiah menyifatkan pengiktirafan itu besar maknanya bagi anak Kelantan sepertinya.

"Saya banyak menerima anugerah dari luar Kelantan dan luar negara tetapi kebanggaan itu berbeza apabila terpilih menerima Anugerah Khas Tokoh Wanita Kelantan Antarabangsa.

Penerima Anugerah Saidatina Khadijah iaitu balu bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak (kanan) bersama penerima Anugerah Khas Tokoh Wanita Antarabangsa, Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim gembira menerima hadiah yang dimenangi di perasmian Hari Saidatina Khadijah di Hotel Perdana, Kota Bharu. - Foto Zaman Huri Isa

"Saya menghargai anugerah ini walaupun berasa ramai lagi wanita hebat yang layak untuk dinobatkan," katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.

Walaupun bersara 20 tahun lalu, Nik Safiah, 76, masih berkhidmat bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai pakar bahasa, selain aktif menyertai beberapa persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Panel Isteri-isteri Hal Ehwal Wanita (PISWI) di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Persatuan Kemajuan Wanita Kelantan (PUSPA).

Anugerah disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, dalam majlis yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Mumtaz Md Nawi.

Berita Harian X