Jumaat, 17 Jun 2016 | 2:50pm

Remaja mangsa letupan mercun selamat dibedah

MANGSA mercun, Haiqal Firdaus Mohd Abdullah, yang cedera parah akibat terkena mercun dipercayai buatan sendiri dan dibawa ke Hospital Dungun. - Foto Rosli Ilham
MANGSA mercun, Haiqal Firdaus Mohd Abdullah, yang cedera parah akibat terkena mercun dipercayai buatan sendiri dan dibawa ke Hospital Dungun. - Foto Rosli Ilham

KUALA TERENGGANU: Remaja yang parah di bahagian leher, dada dan lengan akibat terkena mercun buatan sendiri, menjalani pembedahan pagi tadi.

Pengarah Jabatan Kesihatan Terengganu, Dr Mohamad Omar, berkata mangsa yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) jam 10.45 malam tadi, berada dalam keadaan stabil selepas diberikan rawatan.

"Mangsa (Mohamad Haikal Firdaus Mohd Abdullah, 14) yang berasal dari Kampung Tok Kah, Dungun, mengalami kecederaan teruk di tiga bahagian badan berkenaan menyebabkannya terpaksa dibedah.

"Ini mangsa pertama letupan mercun yang agak serius sepanjang Ramadan tahun ini dan kita harapkan tidak ada lagi tragedi seumpama ini pada masa depan," katanya ketika dihubungi.

Dr Mohamad berkata, mangsa berkemungkinan besar terpaksa menjalani pembedahan plastik bagi memulihkan bahagian badan yang terbakar terkena letupan.

"Pakar perubatan HSNZ akan menjalankan pemeriksaan dan rawatan lanjut sebelum pembedahan itu dilakukan," katanya.

Berita Harian X