Isnin, 18 April 2016 | 5:38pm

74 acara promosi Tahun Melawat Pahang 2017

PENGERUSI Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin bersalaman dengan Ketua Pegawai Eksekutif Monkey Theory Sdn Bhd, Leong Delon selepas sidang media mengenai Annual Kuantan Half Marathon dan Slide The City 2016 di Kuantan, hari ini. - Foto Shahrinnahar Latib

KUANTAN: Sebanyak 74 acara akan dilaksanakan sepanjang tahun ini bagi mempromosi Tahun Melawat Pahang 2017 (TMP 2017) termasuk penyertaan syarikat korporat dan swasta, sekali gus menyasarkan kehadiran kira-kira 15 juta pelancong.  

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, berkata antara acara bakal dilangsungkan ialah Pesta Air Chenor (PAC), Moh Joget Pahang, Karnival Makanan Tradisional Pahang, Annual Kuantan Half Marathon 2016 dan Slide The City. 

"Sebahagian daripada 74 acara dalam kalendar pelancongan tahun ini sudah diadakan bermula Januari lalu.

"Kebanyakan program promosi TMP 2017 mendapat penyertaan menggalakkan dengan sasaran pelancong sehingga 30 peratus berbanding tahun lalu," katanya pada sidang media mengenai Annual Kuantan Half Marathon dan Slide The City 2016, di sini, hari ini.

Mohd Sharkar berkata, majlis pelancaran Promosi TMP 2017 dijadual dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, Khamis ini.

Berita Harian X