Jumaat, 1 Januari 2016 | 2:58pm
ANGGOTA polis bahagian trafik mengadakan sekatan jalan raya dalam operasi Tahun Baharu 2016 di Jalan Kuantan-Gambang berhampiran Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), awal pagi tadi. - Foto Zulkepli Osman
ANGGOTA polis bahagian trafik mengadakan sekatan jalan raya dalam operasi Tahun Baharu 2016 di Jalan Kuantan-Gambang berhampiran Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), awal pagi tadi. - Foto Zulkepli Osman

23 samseng jalanan, motosikal disita di Kuantan

KUANTAN: Seramai 23 samseng jalanan ditahan dalam operasi khas sempena tahun baharu di sekitar bandar ini, awal pagi tadi. 

Operasi diketuai Pegawai Penguatkuasa Trafik negeri, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman itu bermula jam 10 malam dan berakhir kira-kira jam 5 pagi.

Polis mengeluarkan 381 saman pelbagai kesalahan dalam operasi selama tujuh jam itu.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Mohammad Noor Yusof Ali, berkata antara kesalahan paling banyak dikesan ialah tidak memiliki lesen memandu dan motosikal tidak mempunyai cukai jalan yang sah. 

"Selain itu saman dikeluarkan atas kesalahan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, tidak mempunyai lampu brek ketiga dan mengubah suai ekzos.

"Kita turut menyita semua 23 motosikal ditunggang samseng jalanan yang ditahan itu mengikut Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Beliau berkata, operasi itu turut disertai Unit Trafik Ibu Pejabat Polis daerah, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, unit Sukarelawan Polis dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB).

Berita Harian X