Sabtu, 7 Januari 2017 | 9:41pm

Etika ceriakan kanak-kanak istimewa

GERGASI pengeluar minuman Malaysia, Etika Group of Companies (Etika) menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Ampang, dekat sini, baru-baru ini.
GERGASI pengeluar minuman Malaysia, Etika Group of Companies (Etika) menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Ampang, dekat sini, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR: Gergasi pengeluar minuman Malaysia, Etika Group of Companies (Etika) menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Ampang, dekat sini, baru-baru ini.

Naib Presiden Pemasaran dan Pembangunan Perniagaannya, Hemalatha Ragavan, berkata pihaknya turut menyampaikan 280 kotak susu Goodday yang diserikan dengan kehadiran Dee Dee, iaitu maskot rasmi minuman itu.

Katanya, maskot itu turut membuat persembahan tarian bertenaga untuk menceria dan meningkatkan semangat kanak-kanak rumah kebajikan berkenaan dan menjemput mereka menari bersama.

"Walaupun kanak-kanak ini golongan berkeperluan khas, mereka mempunyai potensi menikmati kehidupan berkualiti jika diberi penjagaan dan pendidikan sempurna.

"Itu sebabnya kami memilih untuk berbakti kepada anak di rumah kebajikan berkenaan dengan harapan sumbangan syarikat akan memberi peluang mereka untuk menikmati kehidupan lebih baik," katanya dalam satu kenyatan, hari ini.

Ditubuhkan pada 1999, Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Ampang menempatkan kanak-kanak berkeperluan khas seperti Sindrom Down, Sindrom Prader Willi, Cerebral Palsy, pelajar lembam dan autisme untuk memaksimumkan potensi menjadi insan terbaik.

Hemalatha berkata, sumbangan susu berkhasiat, Goodday memberi manfaat kepada kanak-kanak menerusi peningkatan kadar kalsium, protein dan vitamin.

"Kami akan terus melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat seperti ini bagi memastikan kanak-kanak berkeperluan khas diberi perhatian," katanya.

Berita Harian X