Selasa, 6 September 2016 | 11:34am

Laluan kontra Lebuhraya MEX diteruskan

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan laluan kontra di Lebuhraya Maju Expressway (MEX) akan diteruskan ekoran wujud impak positif ke atas aliran trafik di laluan utama lebuh raya berkenaan.

Maju Expressway Sdn Bhd berkata laluan kontra tersebut telah menyumbang kepada masa perjalanan yang lebih singkat iaitu 10 minit lebih cepat daripada masa perjalanan biasa.

Purata jumlah kenderaan yang menggunakan laluan kontra tersebut adalah 3,000 buah sehari dari pukul 6.30 pagi sehingga 9 pagi, kata kenyataan MEX.

Laluan kontra itu diadakan atas inisiatif dan saranan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk menampung peningkatan aliran trafik daripada Putrajaya, Cyberjaya dan Seri Kembangan menuju Kuala Lumpur.

Maklumat lanjut mengenai lorong kontra dan laporan trafik boleh diperoleh melalui akaun MEXTraffic Twitter dan MEXTraffic Facebook atau menghubungi MEX Hotline di 03-83159111. - BERNAMA

Berita Harian X