Ahad, 14 Ogos 2016 | 12:44pm

Gotong-royong Pasukan Peronda Denggi SMK Puncak Alam

PENDUDUK setempat menyertai program gotong-royong di Taman Desa Mahang, Jeram.
PENDUDUK setempat menyertai program gotong-royong di Taman Desa Mahang, Jeram.

KUALA SELANGOR: Pasukan Peronda Denggi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puncak Alam menjayakan program gotong-royong membersih kawasan Taman Desa Mahang, Jeram, bersama komuniti setempat di sini, hari ini.

Setiausaha Program Khidmat Komunitinya, Azidah Abdullah, berkata program itu dijayakan pasukan berkenaan selepas terpilih mewakili Selangor pada pertandingan mencegah denggi anjuran bersama Sanofi Pasteur dengan Kementerian Pendidikan.

"Seramai 60 murid dan 40 guru diketuai Pengetua SMK Puncak Alam, Rohani Mohd Noor menjayakan program gotong-royong hari ini.

"Ini adalah program khidmat komuniti kali ke-25 sejak Julai sehingga hari ini bagi Kategori Khidmat Komuniti," katanya.

Azidah berkata, khidmat gotong-royong seterusnya dijangka dilaksanakan di Kota Kemuning, Shah Alam, Rumah Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong, Desa Mentari Petaling Jaya dan Kampung Budiman, Kuala Lumpur.

Berita Harian X