Rabu, 27 Julai 2016 | 9:53pm
SEBAHAGIAN murid yang menjadi ahli Skuad Patrol Denggi SEMERBAK SK Merbau Sempak bergotong-royong membersihkan persekitaran sekolah.
SEBAHAGIAN murid yang menjadi ahli Skuad Patrol Denggi SEMERBAK SK Merbau Sempak bergotong-royong membersihkan persekitaran sekolah.

SK Merbau Sempak lancar skuad tangani denggi

SHAH ALAM: Seramai 30 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Merbau Sempak menyertai Skuad Patrol Denggi SEMERBAK bagi melaksanakan 30 aktiviti yang dirancang untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai denggi.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah gotong-royong bersama komuniti, edaran risalah mengenai denggi dan penyebaran maklumat di media sosial.

Penyelaras Program skuad berkenaan, Normanudin Mohamed Torman, berkata program itu bertujuan untuk memberi pendidikan mengenai bahaya denggi dan cara menanganinya kepada pelajar, guru, ibu bapa dan masyarakat.

Program itu mendapat kerjasama Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan dan Sanofi Pasteur.

Majlis pelancaran skuad itu disempurnakan oleh Pengarah Urusan ADN Properties Sdn Bhd, Datuk Seri Adnan Abu.

Berita Harian X