Sabtu, 26 March 2016 | 4:12pm

11 pasangan kahwin serentak

SEBELAS pasangan bergambar bersama pada Majlis Pernikahan Beramai-ramai Walimatulurus Perdana 2016 di Masjid Dato' Kelana Petra Lela Mohd Yusof, Sikamat. - Foto Iqmal Haqim Rosman
SEBELAS pasangan bergambar bersama pada Majlis Pernikahan Beramai-ramai Walimatulurus Perdana 2016 di Masjid Dato' Kelana Petra Lela Mohd Yusof, Sikamat. - Foto Iqmal Haqim Rosman

SEREMBAN: Sebelas pasangan selamat dinikahkan pada Majlis Pernikahan Beramai-ramai Walimatulurus Perdana 2016 di Masjid Dato' Kelana Petra Lela Mohd Yusof, Sikamat, di sini, malam tadi.

Program anjuran Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Daerah Seremban dan kerajaan negeri itu bermula dengan upacara akad nikah semua pasangan itu selepas solat Isyak, disusuli majlis perarakan dan resepsi di lokasi sama, hari ini.

Pengerusi program itu, Fazly Hamid, berkata program kali pertama dianjurkan itu bertujuan menggalakkan majlis perkahwinan dilaksanakan mengikut syariat Islam, sekali gus mengurangkan beban kewangan ditanggung pasangan.

"Semua pasangan berusia 18 hingga 37 tahun itu dipilih daripada 21 pasangan yang membuat pendaftaran untuk menyertai program berkenaan pada November tahun lalu.

"Berdasarkan sambutan menggalakkan program ini, kita merancang menganjurkan acara sama pada tahun depan," katanya ketika ditemui pada majlis itu di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Datuk Abu Ubaidah Redza.

Berita Harian X