Khamis, 4 Februari 2016 | 6:40pm

MEX beri diskaun tol 10 peratus

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Razimi Ahmad (kanan) dan Timbalan Pengurus Besar Maju Expressway Sdn Bhd, Mohd Salleh Adnan (tengah) menyempurnakan pelepasan unit ronda bermotosikal (URB) sempena Kempen Op Selamat 8 di Plaza Tol MEX Seri Kembangan, Lebuhraya MEX di sini sebentar tadi.

KUALA LUMPUR: Lebih 80,000 pengguna Lebuhraya Maju (MEX) akan menikmati diskaun 10 peratus sempena sambutan Tahun Baru Cina pada 8 Februari depan.

Pemberian diskaun yang membabitkan semua kelas pengguna MEX akan bermula jam 12 tengah malam 7 Februari hingga 11.59 malam 8 Februari.

Pemberian diskaun itu diumumkan pada Majlis Pelancaran Op Selamat 8 anjuran MEX dan IPD Serdang di Plaza Tol MEX Seri Kembangan, di sini sebentar tadi.

Kempen bertujuan meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya itu disempurnakan Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Razimi Ahmad dan Timbalan Pengurus Besar Maju Expressway Sdn Bhd, Mohd Salleh Adnan.

Pengguna Kelas 1 MEX juga boleh menebus rebat tol 10 peratus bagi transaksi di sepanjang bulan Januari bermula 12 Februari hingga 30 April ini sempena pelaksanaan penuh kutipan tol elektronik sejak 13 Januari lalu.

Berita Harian X