Selasa, 25 April 2017 | 11:23am

200 anggota TLDM lari berganti-ganti keliling Langkawi

KENDERAAN jenis Toyota Unser remuk selepas berlanggar dengan sebuah lori di Kilometer 25.8 Jalan Kulai-Kota Tinggi berhampiran Loji Rawatan Air Semanggar, Kota Tinggi. - Foto Ihsan Bomba Johor
KENDERAAN jenis Toyota Unser remuk selepas berlanggar dengan sebuah lori di Kilometer 25.8 Jalan Kulai-Kota Tinggi berhampiran Loji Rawatan Air Semanggar, Kota Tinggi. - Foto Ihsan Bomba Johor

LANGKAWI: Seramai 200 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dari Markas Wilayah Laut 3 (MAWILA 3) di sini, menyertai acara larian berganti-ganti di atas jalan raya mengelilingi pulau pelancongan ini, membabitkan jarak sejauh 83 kilometer (km) hari ini.

Acara larian itu dianjur khusus sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-83 dengan pelepasan disempurnakan Panglima MAWILA 3, Laksamana Pertama Rusli Ahmad, di pintu masuk utama markas itu di Tanjung Lembung di sini, sebentar tadi.

Rusli ketika ditemui, berkata acara larian berganti-ganti selama 11 jam itu bukan sahaja bertujuan memeriahkan sambutan Hari TLDM, malah mempromosi pasukan keselamatan itu kepada pelancong dan penduduk tempatan.

"Larian berganti-ganti yang julung kali dianjurkan membabitkan semua anggota TLDM pelbagai pangkat ini juga bagi menonjolkan gaya hidup sihat dan memberi peluang anggota untuk beramah mesra dengan komuniti setempat.

"Kami membahagikan anggota kepada beberapa kumpulan kecil dan setiap kumpulan yang diwakili empat anggota masing-masing berlari sejauh 3.7km melalui 25 stesen sebelum kembali ke MAWILA 3 untuk menamatkan larian sejauh 83km," katanya.

Berita Harian X