Jumaat, 11 November 2016 | 11:22pm

Mayat reput ditemui di paya dekat ladang sawit

Anggota polis membawa mayat lelaki 40an yang dijumpai dalam keadaan reput di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Tongkang, Bukit Mertaham, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar
Anggota polis membawa mayat lelaki 40an yang dijumpai dalam keadaan reput di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Tongkang, Bukit Mertaham, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

BUKIT MERTAJAM: Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan reput di kawasan paya berdekatan ladang sawit Kampung Tongkang, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid, berkata mayat berkenaan ditemui orang awam kira-kira jam 11 pagi tadi, yang kemudiannya menghubungi polis.

"Mayat berkenaan ditemui dalam keadaan hanya memakai seluar dan tertiarap dalam paya ketika air surut.

"Polis sukar mengesan kesan kecederaan pada mayat berikutan keadaannya yang sudah reput dan kaki kanannya pula hanya tinggal tulang kemungkinan dimakan binatang buas," katanya dalam kenyataan petang tadi.

Difahamkan, tiada sebarang dokumen ditemui pada mangsa yang dianggar berusia 40-an dan polis setakat ini mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut.

Mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk proses bedah siasat.

Berita Harian X