Jumaat, 28 Oktober 2016 | 11:58am

80 peserta HAJ dirai di Pulau Pinang

SEBAHAGIAN penunggang yang menyertai Honda Asian Journey 2016 tiba di Pulau Pinang sebelum meneruskan perjalanan ke Sepang.
SEBAHAGIAN penunggang yang menyertai Honda Asian Journey 2016 tiba di Pulau Pinang sebelum meneruskan perjalanan ke Sepang.

GEORGETOWN: Boon Siew Honda hari ini, meraikan 80 penunggang motosikal yang memulakan konvoi mereka dari Phuket, Thailand ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sempena Honda Asian Journey (HAJ) 2016.

Kumpulan penunggang motosikal itu membabitkan penyertaan daripada tiga negara, iaitu Thailand, Vietnam dan Indonesia yang menjadikan Pulau Pinang sebagai tempat berehat sebelum meneruskan perjalanan ke SIC.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Boon Siew Honda, Nobuhide Nagata, berkata acara itu julung kali dapat menghimpunkan seramai 80 penunggang.

"Konvoi motosikal ini membabitkan pelbagai model jenama Honda yang menjadi pilihan penunggang. Perjalanan mereka ke SIC akan diteruskan pada pagi esok," katanya ketika perasmian HAJ di sini, hari ini.

Penganjuran HAJ 2016 juga bertujuan memberi kesempatan kepada penduduk Pulau Pinang yang tidak berpeluang ke SIC untuk merasai pengalaman melihat motosikal berkuasa tinggi.

Berita Harian X