Selasa, 4 Oktober 2016 | 1:32pm

Pelajar Tingkatan 4 maut dirempuh lori

NUR Syafiqah Mohamad Salin maut selepas motosikal jenis SYM E Bonus 110 yang ditungganginya dilanggar oleh sebuah lori di Kilometer 3 Jalan Kerian - Semanggol, berhampiran Bukit Putus di sini, pagi tadi. - Foto Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

BAGAN SERAI: Seorang pelajar Tingkatan Empat maut dilanggar lori di Kilometer 3 Jalan Kerian-Semanggol, berhampiran Bukit Putus di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7.15 pagi itu, Nur Syafiqah Mohamad Salin ,16, yang menunggang motosikal jenis SYM E Bonus 110, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Mangsa yang berpakaian seragam sekolah, dikatakan dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mudzaffar Shah, Simpang Empat, Selinsing, di sini.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.

Berita Harian X