Selasa, 12 Julai 2016 | 5:06pm

Ular sawa makan 5 ekor ayam ditangkap

KETUA Operasi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Daerah Padang Terap, Mohd Hairi Che Kamil (kiri) bersama anggotanya menunjukkan ular sawa batik sepanjang kira kira tiga meter dan berat 17 kilogram yang ditangkap di Kampung Lubuk Labi. - Foto Rahmat Othman

PADANG TERAP: Kehilangan lima ekor ayam milik seorang penduduk di Kampung Lubuk Labi, di sini, semalam, terjawab susulan penemuan seekor ular sawa batik, pagi tadi.

Ketua Operasi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Padang Terap, Mohd Khairi Che Kamil, berkata pihaknya menangkap ular seberat 17 kilogram dan panjang tiga meter itu pada jam 10.44 pagi.

"Kami mengambil masa lapan minit menangkap ular sawa yang tidak agresif kerana kekenyangan menggunakan penjerut.

"Ular itu dibawa ke pejabat JPAM untuk disimpan sementara sebelum dilepaskan ke habitat asal di Hutan Tasik Pedu," katanya ketika ditemui di pejabat JPAM Padang Terap, di sini sebentar tadi.

Berita Harian X