Rabu, 6 Julai 2016 | 11:35am

Sultan Perak solat sunat Aidilfitri di Masjid Ubudiah

SULTAN Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan Kuala Kangsar. - Foto Muhaizan Yahya
SULTAN Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan Kuala Kangsar. - Foto Muhaizan Yahya

KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, pagi ini, menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama jemaah lain di Masjid Ubudiah di sini pagi ini.

Baginda tiba di masjid berkenaan kira-kira jam 8.30 pagi disambut oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan beberapa orang kenamaan lain.

Sebaik selesai menunaikan solat sunat berkenaan kira-kira jam 9.15 pagi, baginda menziarahi pusara ayahandanya, Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah, serta bersama bertahlil di Makam Diraja berkenaan.

Baginda kemudian turut menziarahi pusara bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terletak berhampiran sebelum bergerak balik ke Istana Iskandariah kira-kira jam 9.50 pagi.

Berita Harian X