Ahad, 8 Mei 2016 | 6:33pm

Tingkatkan mutu teksi di Langkawi

MOHD Rawi (kanan) menerima cenderahati pada Mesyuarat Agung PTEPKSL Ke-31 di Langkawi, hari ini. - Foto Hamzah Osman
MOHD Rawi (kanan) menerima cenderahati pada Mesyuarat Agung PTEPKSL Ke-31 di Langkawi, hari ini. - Foto Hamzah Osman

LANGKAWI: Kerajaan negeri mahu pemandu teksi di Langkawi meningkatkan mutu perkhidmatan dalam memperkenalkan destinasi menarik kepada pelancong.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelancongan dan Warisan, Kerja Raya negeri, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid, berkata pemandu teksi disifatkan orang penting dalam meningkatkan imej pulau pelancongan itu.

Beliau berkata, perkhidmatan teksi bukan sahaja menyediakan pengangkutan, malah berkesan dalam mempromosi pelbagai destinasi pelancongan menarik di pulau ini kepada pelancong.

"Pemandu teksi perlu menyedari kepentingan fungsi mereka dan menjaga imej dengan mengamalkan etika betul," katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Tuan Empunya dan Pemandu Kereta Sewa Langkawi (PTEPKSL) ke-31 di sini, hari ini.

Berita Harian X